Selamat Datang ke
Portal Tempahan Fasiliti MATG





- MAWADDAH (BERMULA RM500)
- RAUDAH (BERMULA RM700)
ISNIN - JUMAAT
**SETIAP SESI 3 JAM SAHAJA
- PELAMIN
- KERUSI & MEJA NIKAH
- STAGE HANTARAN
- KERUSI TETAMU
- WELCOME BOARD
- RUANG MENUNGGU





- MAWADDAH (BERMULA RM600)
- RAUDAH (BERMULA RM800)
SABTU - AHAD
**SETIAP SESI 3 JAM SAHAJA
- PELAMIN
- KERUSI & MEJA NIKAH
- STAGE HANTARAN
- KERUSI TETAMU
- WELCOME BOARD
- RUANG MENUNGGU


DEWAN MA'RIFAH
ISNIN-AHAD
-
PELAMIN
-
KERUSI & MEJA NIKAH
-
STAGE HANTARAN
-
KERUSI TETAMU
-
WELCOME BOARD
-
RUANG MENUNGGU


RUMAH TAMU
ISNIN-AHAD
-
Dua katil queen size
-
Bilik mandi peribadi
-
Pendingin hawa
-
TV LED skrin rata
-
Tuala & toiletries asas
-
air mineral

PAKEJ JAMUAN DAN PELBAGAI
🕌 PENGUMUMAN RASMI BERKENAAN PENGURUSAN DEWAN & FASILITI MASJID
Untuk urusan semakan, pengesahan bayaran, atau pertanyaan lanjut:
•Pengerusi Koperasi – Dato’ Sr. Hj. Rohaizal
•Pegawai Teknikal / Operasi – En. Adfzal
•Timbalan Pengerusi – Hj. Azmi
•Setiausaha – Hj. Ar. Alizar
•Bendahari– Hj. Sharif
•Pegawai Kewangan – En. Nafiz
Pihak koperasi kini sedang menjalankan proses penyelarasan semula fail dan rekod tempahan terdahulu bagi memastikan semua data dan maklumat penyewa dapat disemak serta disahkan dengan teratur dalam sistem baharu.
*Kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum 1 Sep 2025 dan tempahan yang dibuat secara manual hendaklah mengubungi pihak Koperasi dengan kadar segera melalui talian:
- Tempahan Dewan & Catering : 03-5569 2810 atau 019-2205961.
- Juru Nikah : (Ustaz Fajri) 010-4018589
- 📌 Nota Penting: Semua harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan dan tidak termasuk kos pramusaji serta kos pengangkutan.
Discount facilities category:-
- ✅ ALT/AJK/Qariah/Sfaff/Ahli Koop - 60%
- ✅ ALT/Staff/Ahli Koop - 50%
- ✅ Staff - 40%
- ✅ Qariah/Ahli Koop/AJK - 30%
- ✅ Qariah/Ahli Koop - 10%
- ✅ Bukan Qariah/Ahli Koop - 10%
- ✅ Qariah/Bukan Qariah - n/a
📌 Sebarang Pertanyaan:
📌 Syarat & Terma Pertukaran Tarikh Tempahan Penyewaan Fasiliti
•Pertukaran hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap tempahan.
•Jika permohonan dibuat kurang daripada 7 hari sebelum tarikh sewaan → pertukaran tarikh tidak dibenarkan dan bayaran dianggap hangus.
•Jika nilai tempahan asal lebih rendah daripada tarikh baharu (contohnya musim puncak atau kadar baharu), pelanggan perlu menambah bayaran perbezaan harga.
•Tarikh baharu adalah tertakluk kepada ketersediaan fasiliti.
📌 Polisi Penyediaan Makanan & Katering
•Semua majlis atau program yang menggunakan fasiliti Masjid An-Nur Temasya Glenmarie hendaklah menggunakan perkhidmatan katering yang diluluskan oleh pihak Koperasi/Masjid sahaja.
•Mengenakan caj penalti sebanyak RM500 atau 20% daripada nilai sewaan (mana lebih tinggi).
•Menyokong ekonomi masjid & koperasi melalui katerer rasmi.
📌 SYARAT & TERMA PERTUKARAN TARIKH / MENU TEMPAHAN PENYEWAAN FASILITI
📌 TERMA & SYARAT TEMPAHAN MASJID AN-NUR TEMASYA GLENMARIE
Ini hanyalah pengesahan bahawa pihak Masjid An-Nur Temasya Glenmarie (MATG) telah menerima tempahan dengan butiran seperti yang tercatat dalam Borang Tempahan Fasiliti. Tempahan ini dianggap sebagai tidak terjamin atau ‘tentative’ melainkan jika ianya disertakan dengan pembayaran. Jika terdapat tempahan yang berbayar, maka dengan sendirinya tempahan tidak terjamin untuk fasiliti, tarikh dan masa yang sama akan terbatal.
Jumlah Keseluruhan Harga Tempahan hendaklah dibayar dalam tempoh sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara.
Untuk makluman, pihak Koperasi MATG tidak menerima pembayaran secara tunai bagi mengelak kemungkinan berlakunya salah faham. Sebarang pembayaran hendaklah dibuat secara terus ke Koperasi Masjid An-Nur Temasya Glenmarie melalui Bank Muamalat dengan nombor akaun bank 1211 0001 2047 10.
Untuk makluman pihak penempah, MATG mempunyai polisi pembatalan tempahan
seperti berikut:
yuran pembatalan tempahan sebanyak sepuloh peratus (10%) akan dikenakan ke atas jumlah pembayaran balik jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh seperti yang tercatat dalam Perkara iii dan Perkara iv;
tiada pemulangan pembayaran jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh kurang dari empat puloh lima (45) hari sebelum tarikh acara;
pemulangan pembayaran sebanyak empat puloh lima peratus (45%) peratus dari Jumlah Keseluruhan Harga Tempahan jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh kurang dari sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara; dan
pemulangan pembayaran sembilan puloh peratus (90%) jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh lebih dari sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara.
Pihak MATG dengan ini menganggap pihak penempah memahami dan bersetuju dengan segala butiran Terma & Syarat Tempahan seperti diatas.
Pihak MATG mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan mengembalikan wang pembayaran kepada pihak penempah jika berlaku sesuatu bencana atau malapetaka yang tidak dapat dielakkan atau diluar kawalan sehingga
menyebabkan fasiliti yang ditempah tidak dapat digunakan pada tarikh acara.- Pihak MATG juga berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya pihak pelanggan tidak bersetuju dengan apa-apa syarat yang dirasakan perlu dikenakan pada bila-bila masa untuk megelakkan sebarang pertelingkahan disebabkan apa jua alasan.
Pihak MATG amat berbesar hati untuk menjelaskan perkara di atas dengan lebih lanjut jika terdapat sebarang ketidakpastian dari pihak penempah.
Sekian, terima kasih.
PERATURAN-PERATURAN UMUM
- Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.
- Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim, bagi lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup dan bagi perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaft / selendang).
- Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.
- DILARANG membuang sampah merata-rata
- HENDAKLAH menutup suis lampu, penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.
- DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.
- DILARANG berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan.
- DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.
- HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna, dan bilik-bilik yang digunakan.
- TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna, dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.
